Program Jawab Soalan PMR, SPM dan Kursus Laman Web Islam

Pada bulan April ini ada dua program utama yang akan kami jalankan di Raudhah At-Tholibeen.
1. Kursus Intensif Menjawab Soalan Bahasa Arab untuk calon PMR dan SPM.
Kursus ini berlangsung selama dua hari. Ia mengkhusus kepada strategi menjawab soalan. Selain itu para peserta akan dibiasakan dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan sebagai salah satu daripada teknik ulangkaji yang berkesan.
2 Hari menjawab soalan bahasa Arab, keyakinan dan kemampuan peserta biasanya akan berubah secara mendadak.
Jika para pelajar tidak merebut peluang 2 hari ini, hampir tidak ada lagi tarikh ke hadapan yang sesuai untuk menganjurkan kursus seperti itu pada tahun ini. Sebabnya jadual subjek-subjek lain akan menjadi lebih ketat selepas ini dengan kem-kem bersepadu anjuran pihak sekolah.
2. Kursus Asas Mengenali Laman-Laman Web Rujukan Mengenai Islam.

Kursus ini TERBUKA untuk semua peringkat umur. Laman web mengenai Islam memang banyak di internet. Tetapi adakah semua laman web mempunyai kredibiliti dalam menyalurkan maklumat-maklumat mengenai ilmu-ilmu Islam?
Kursus ini akan memberikan rujukan kepada lebih daripada 100 laman web khusus yang dibincangkan sepanjang kursus. Kaedah-kaedah memetik maklumat Islam itu juga akan dibentangkan. Beberapa teknik penyimpanan maklumat akan turut dikongsikan.
Kursus akan mengkaji laman web berbahasa Melayu, berbahasa Arab dan juga berbahasa Inggeris.
Selepas menghadiri kursus ini, anda akan mempunyai arah tuju yang lebih jelas dalam memetik sebarang maklmat berkenaan Islam di dalam Internet.
Klik pada poster untuk gambar yang lebih besar.
Program ilmu-Ilmu Islam Dewasa
Insya Allah akan bermula minggu depan.
Klik pada imej untuk besarkan pamplet.
Program Hi Tea Bersama Catriona Noor Hayati Ross Bahrin

Jumaat 13 Januari 2012 – Raudhah At-Tholibeen dengan tidak semena-mena telah dipilih untuk menjadi lokasi Program Hi Tea Bersama Catriona Ross Bahrin setelah pihak penganjur program Group FB CM Castle memerlukan lokasi baru kerana beberapa masalah teknikal, dan pihak Raudhah sangat gembira untuk sama-sama terlibat dalam program dakwah seperti itu.
Catriona Ross Bahrin yang merupakan pelakon popular dalam kaca televisyen dengan pelbagai watak telah mengejutkan pelbagai pihak apabila secara serius berhijrah ke dunia yang lebih islamik dengan mengenakan tudung.
Program Hi Tea ini adalah untuk mendengar sendiri kisah pelakon popular itu tentang perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan beliau secara langsung daripada mulut tuan empunya diri dan telah menarik minat lebih 100 orang peserta yangkebanyakannya wanita.
Sebelum Cat berucap, majlis diserikan dengan nyanyian merdu lagu nasyid yang dialunkan oleh Azhan Atan yang merupakan juara Akademi Nasyid sambil diselitkan dengan pengalaman peribadi beliau.
Apabila Cat berucap barulah para peserta dapat mendengar nama beliau yang sebenar iaitu Catriona Norhayati Ross Bahrin di mana nama Norhayati itu kurang diketahui umum, seterusnya diulas oleh Ustaz Zakaria Ismail yang bertindak sebagai pengerusi majlis, “Beliau akhirnya telah menemui cahaya dalam kehidupan beliau kerana Nor hayati itu bermaksud cahaya kehidupanku.”
Keinginan Cat untuk berlakon tidaklah begitu digemari oleh ibunya yang komited dengan didikan agama, tetapi keinginan itu begitu kuat menjadikan beliau seorang pelakon.
Masuk dalam dunia lakonan Cat mula merasakan dirinya berjauhan daripada cara hidup Islam terutamanya bila menyedari beliau hanya solat setahun sekali, iaitu solat hari raya.
Dalam kemalangan pada tahun 2007, Cat mengalami kecederaan yang sangat teruk, namun kemalangan itu disifatkan sebagai rahmat Allah yang inginkan beliau kembali bermuhasabah dan memperelokkan perjalanan hidupnya.
Tanda-tanda kekuasaan Allah jelas terasa ketika beliau berusaha untuk memulihkan diri untuk bergerak dan berjalan kesan daripada kemalangan tersebut dan begitu jelas juga dengan kejayaan melahirkan anak yang pertama walaupun peluang itu dilihat tipis oleh doktor.
Beliau mula belajar solat semula, menyertai kelas-kelas agama dan terlibat program anjuran gerakan dakwah, dan semua itu telah meningkatkan keinginannya untuk mengubah cara hidupnya, sehinggala ia bermula untuk kali seterusnya dengan percubaannya untuk memakai tudung yang mecetuskan suatu perasaan yang sukar untuk diterangkan.
Perubahan beliau itu sangat mengejutkan suaminya sendiri, namun itulah perubahan yang direstui oleh Allah, keluarga dan suaminya sendiri.
Antara perkara lain yang beliau kongsikan dalam majlis ini, ialah beliau sukakan program bersama Ustaz Don, menghadiri wacana-wacana dakwah sebagai ahli panel bersama Ustaz Ridzuan Mohd Nor, beliau tidak mahu dilihat terlibat sebagai terlibat dengan parti-parti tertentu kerana kerja dakwah dan usahanya menuntut ilmu, menolak banyak tawaran berlakon yang meminta beliau menanggalkan tudung sekejap dan beliau sebenarnya sedang mengandungkan anaknya yang kedua.
Ada juga peserta yang meminta beliau melakonkan sedikit aksi lakonan dan telah ditunaikan dengan skrip serta merta, ternyata para peserta begitu teruja.
Setelah selesai ceramah Catriona Norhayati Ross, Ustaz Muhammad khalil Abdul Hadi memberikan tazkirah penutup yang menyentuh hati tentang hidayah daripada Allah yang terlalu mahal harganya dan betapa kita perlu bersyukur dan beristiqamah dengan jalan syariat yang telah diperintahkan oleh Allah, sehingga kita diperintahkan agar memohon hidayah dalam setiap rakaat solat dengan membaca Ihdinas Shirathal Mustaqim. (Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada kami ke arah jalan yang lurus).
Ustaz Wan Mohd Zuki mengakhiri majlis dengan membaca doa yang sangat sayu, memohon agar semua hadirin mendapat keampunan, rahmat dan hidayah yang berterusan daripada Allah sehingga menemuiNya.
Para peserta seterusnya mengambil peluang bergambar dan berbual mesra dengan Cat sebelum menjamah selera hidangan petang yang istimewa itu.

Catatan: Ustaz Muhd Rashidi Abdullah memberikan sumbangan berupa hadiah buku tulisan beliau Travelog Hidayah untuk Cat sebagai tanda sokongan penghijrahan Cat, sekalipun beliau tak dapat hadir.
Beberapa gambar sekitar program.
- Antara muslimin yang turut hadir.
Terjemahan Penuh الربيع النبوي قبل الربيع العربي
Sebagai menunaikan hasrat sebahagian kawan-kawan, saya terjemahkan artikel dalam posting sebelum ini sepenuhnya.

Oleh: Dr. ‘Aidh al-Qarni
Link asal asy-Syarqul Awsat
Rasulullah SAW diutuskan dengan membawa al-Quran yang mulia. Al-Quran yang merupakan kemeriahan musim bunga yang berkembang mekar di dalam hati. Al-Quran yang juga merupakan kitab peringatan daripada Allah yang dipenuhi dengan segala macam hikmah. Baginda SAW berdoa kepada Tuhannya, “Ya Allah! Jadikanlah al-Quran yang penuh kemuliaan ini sebagai kemeriahan musim bunga yang berkembang mekar di dalam hati kami”.

Dalam kemeriahan musim bunga seperti inilah, ummat Islam hidup mulia selama berkurun-kurun. Mereka membuka wilayah-wilayah baru dan memakmurkan dunia dengan kemeriahan musim bunga tersebut. Lantas dunia ini dipenuhi dengan rahmat, kesejahteraan, keadilan dan kesaksamaan. Dunia juga mempunyai perancangan untuk menyelamatkan akidah dan gerakan pembaharuan sosial yang berterusan tanpa henti. Kebangkitan dunia arab dengan kemeriahan musim bunga yang berlandaskan al-Quran pada ketika itulah yang telah menjatuhkan Kisra yang kejam daripada singgahsananya, menurunkan Kaisar yang zalim daripada kerusi kemuliaannya. Ia juga telah memecahkan berhala-berhala yang disembah, menghancurkan pemuka-pemuka kesesatan serta menamatkan period-period masa yang diselubungi dengan kezaliman.

Ia adalah kebangkitan yang semeriah musim bunga yang sebenar, kerana ia mekar berkembang di dalam hati, lalu ia menghambat segala bentuk kerisauan, kegelisahan dan kesedihan. Hati dipenuhi semula dengan kelegaan, ketenangan dan keredhaan. Taman-taman indah mulai tertanam di dalam dada. Ia menumbuhkan cita-cita dan kegembiraan. Tumbuh juga kebun-kebun harapan, kemeriahan dan dan keamanan. Terbina dalam kemeriahan musim bunga itu istana-istana kemegahan, kehebatan dan kemuliaan aqal fikiran.
Kemeriahan kebangkitan musim bunga berlandaskan petunjuk Nabi SAW menuntut agar setiap pemerintah yang melampaui batas dan zalim diturunkan daripada tampuk kuasa, tanpa mengira sempadan tempat. Ia berusaha untuk menjatuhkan setiap golongan yang melampaui batas dan zalim bagi menegakkan kesaksamaan hak dan keadilan di kalangan seluruh hamba Allah. Kebangkitan musim bunga yang berdasarkan kepada al-Quran telah menghilangkan sebarang bentuk syak, syirik, keraguan dan kehendak nafsu syahwat yang terlarang. Semua itu digantikan dengan sifat keimanan, keyakinan, akidah yang benar dan penyerahan diri kepada hukum Allah. Seterusnya nanti ia akan membuahkan keredhaan terhadap ketetapan Allah, bergembira dengan nikmatnya, bersabar dengan ketetapan takdir dan bersyukur di atas segala pemberian dan anugerah Allah.
Kebangkitan dengan kemeriahan musim bunga yang berlandaskan petunjuk Nabi SAW mempunyai ciri-ciri sebuah revolusi sejagat dalam menentang segala bentuk patung dan berhala yang dipertuhankan. Perlembagaan bagi sebuah kebangkitan seperti itu pula adalah bersumberkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ia adalah kemeriahan musim bunga yang dirasai oleh setiap muslim dan muslimah pada setiap masa dan tempat. Ia juga merupakan matlamat dan cita-cita semua pihak. Oleh itu setiap sistem yang tidak berasaskan kepada kebangkitan era nabawi yang semeriah musim bunga itu adalah sistem yang akan gagal, sia-sia dan tidak sempurna. Begitu juga setiap pemikiran yang tidak berasaskan kepada kebangkitan yang berlandaskan petunjuk Nabi SAW adalah merupakan pemikiran yang terpesong, penuh kepalsuan dan diselubungi dosa. Termasuk juga setiap gerakan pembaharuan untuk membetulkan masyarakat tetapi berasaskan kepada kebangkitan era nabawi yang semeriah musim bunga itu, akhirnya akan berkubur jua dengan kehancuran dan balasan azab api neraka. Firman Allah “Maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka”.
Kita mahu agar para ulama kita, para pendakwah kita, para penulis dan ahli politik kita untuk membawa kita ke arah kemeriahan musim bunga pada era Nabi SAW. Kita mahu kebangkitan dunia arab yang indah dan meriah seumpama musim bunga yang menjelang ini menurut jejak langkah kemeriahan musim bunga pada era kebangkitan Nabi SAW daripada aspek akidah, pemikiran, manhaj, amalan, akhlak dan juga adab. Sesungguhnya kebangkitan musim bunga era nabawi adalah merupakan peristiwa paling agung dalam sejarah. Ia telah mengubah haluan seluruh ummat daripada pelbagai bangsa serta memberi kesan mendalam kepada putaran roda sejarah. Ia menjadi sebab kepada tercetusnya beberapa peperangan yang getir. Kemeriahan musim bunga era nabawi turut menghasilkan kelahiran ramai sekali tokoh-tokoh ulama’, syuhada’, ahli-ahli fikir yang bijaksana, para sasterawan, ahli falsafah, ahli syair, para doktor dan tokoh-tokoh lain yang menjadi penyumbang kepada sebarang bentuk gerakan kebangkitan, kemakmuran dan pencerahan di dalam sejarah Islam yang gemilang.
Sebenarnya, setiap tokoh pembimbing masyarakat, mujaddid dan para Imam disambut baik dan mendapat kedudukan tinggi dalam masyarakat Islam adalah kerana mereka menjalinkan pertalian rapat dengan kebangkitan semeriah musim bunga era nabawi. Contohnya para khulafa’ ar-rasyidin, para pemimpin yang berperanan sebagai pembimbing masayarakat dan tokoh-tokoh kepimpinan dalam bidang pembaharuan dan tajdid. Seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’ie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam al-Ghazali dan Imam Ibnu Abdul Wahab serta yang selain mereka lagi.
Sebetulnya ummat Islam mengalu-alukan kepimpinan tokoh-tokoh tersebut kerana tokoh-tokoh tersebut mengambil petunjuk daripada sekolah kebangkitan era nabawi yang penuh berkat itu. Itulah sebab utama kenapa ummat Islam mengangkat tinggi kedudukan Khalid bin al-Walid, Musa bin Nusair, Qutaibah bin Muslim, al-Qa’qa’ bin Amru, Salehuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fatih dan tokoh-tokoh lain yang mengikut jejak langkah mereka. Ummat Islam mengalu-alukan kepimpinan mereka kerana mereka ikhlas menerima pakai prinsip-prinsip dan pelajaran-pelajaran yang dikutip daripada kebangkitan musim bunga era kenabian.
Sementara pihak-pihak yang dimusuhi oleh ummat Islam di timur dan di barat, sama ada individu ataupun kumpulan komuniti, adalah semata-mata kerana mereka menyanggahi manhaj kebangkitan musim bunga era nabawi. Seperti golongan Qaramithah yang berfahaman bathiniyyah, golongan zindiq, golongan atheis dan puak-puak sesat yang menderhakai pentunjuk-petunjuk kebangkitan musim bunga pada era nabawi. Malahan mereka bertindak membelakangi nas-nas al-Quran dan hadith yang merupakan sumber kebangkitan era nabawi yang seumpama musim bunga yang meriah dan dihiasi cahaya terang. Keindahan teknik berdalil berdasarkan nas dengan cara yang sebenar telah dirosakkan oleh mereka.
Setiap orang yang menyalahi atau menentang kebangkitan era nabawi yang seindah kehadiran musim bunga ini akan beroleh dosa dan kerugian. Dia akan dimuntahkan semula oleh ummat Islam dan akan dilenyapkan oleh sejarah. Bumi dan langit akan meninggalkannya dan tidak lagi mempedulikannya lagi. Namanya pula akan ditulis pada senarai nama orang-orang yang dijauhkan dan dicampakkan daripada mendapat rahmat Allah. Firman Allah, “Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.”
Majoriti kebangkitan dunia arab pada hari ini mengambil petunjuk kebangkitan mereka daripada kebangkitan musim bunga era nabawi. Sebab itulah ia mendapat sokongan ramai. Kerana itulah bangsa arab mengundi untuk memilih Islam. Mereka akahirnya telah kembali memilih Islam sebagai satu cara hidup dan sebagai perlembagaan negara, setelah pengalaman buruk mereka dalam mengguna pakai pelbagai undang-undang dunia rekaan manusia. Manakan sama perlembagaan yang diturunkan oleh Tuhan Pencipta Alam Semesta berbanding dengan perlembagaan rekaan manusia yang berasal daripada tanah liat. Syariat Allah adalah syariah yang diturunkan oleh sebaik-baik Hakim yang Maha Bijaksana. Itulah syariat yang sepatutnya diterima pakai oleh hamba yang sebenarnya berasal daripada air mani yang hina.
Firman Allah bermaksud, “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.”
الربيع النبوي قبل الربيع العربي – Kebangkitan Musim Bunga Berteraskan Petunjuk Nabi Telah Terdahulu Daripada Kebangkitan Musim Bunga Dunia Arab Pada Kala Ini
Apa yang ditulis oleh Syeikh Dr. ‘Aidh Al-Qarni adalah sangat menarik dan sebagai satu tazkirah untuk kita semua. Lebih khusus lagi kepada orang Arab yang begitu berbangga dengan kebangkitan yang tercetus pada hari ini, agar tidak lari daripada panduan al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan sumber inspirasi menjatuhkan kezaliman dan pemimpin-pemimpin yang zalim.
Link asal daripada Asy-syarqul Awsat
د. عائض القرني
بُعث رسولنا صلى الله عليه وسلم بربيع القلوب وهو القرآن العظيم والذكر الحكيم الذي كان يدعو ربه فيقول: «اللهم اجعل القرآن العظيم ربيع قلوبنا»،وهذا الربيع عاشت في ظلاله الأمة الإسلامية قرونا تفتح به بالعالم وتملأ به الكون وتعمر به الدنيا رحمة وسلاما وعدلا وإنصافا ومشروع إنقاذ وحركة إصلاح لا تتوقف وهذا الربيع العربي القرآني هو الذي أسقط كسرى الجائر من على عرشه وأنزل قيصر الظالم من فوق كرسيّه وحطّم أصنام الوثنية وهشّم رؤوس الضلال وأنهى عهود الاستبداد، وهو الربيع بحق لأنه ربيع للقلوب يطرد عنها همها وغمها وحزنها وكدرها ويملأها انشراحا وسكينة ورضا وطمأنينة ويزرع في الصدور حدائق الأمل والبشرى وبساتين الفأل والفرح والأمن ويبني في العقول قصور المجد والعزة والكرامة،إن الربيع النبوي لا يطلب فحسب إزالة حاكم مستبد ظالم من بقعة محددة ولكنه يسعى لإزالة كل المستبدين وإزاحة كل الظالمين والمساواة والعدل بين عباد رب العالمين، إن ربيع القرآن يطارد في النفس الشك والشرك والشبهات والشهوات ويغرس مكانها الإيمان واليقين والاعتقاد الصحيح والتسليم لأمر الله والرضا بقضائه والفرح بنعمته والصبر على أقداره والشكر على آلائه،الربيع النبوي فيه معالم الثورة العالمية ضد الأصنام والأزلام والأقزام ودستور الربيع النبوي هو القرآن والسنة وهو ربيع كل مسلم ومسلمة في كل زمان ومكان وهو مطلب الجميع ومقصد الجميع وأي نظام لا يقوم على الربيع النبوي نظام فاشل ومحبط وناقص وأي فكرة لا تقوم على الربيع النبوي فكرة جائرة مزورة آثمة وأي حركة تصحيحية إصلاحية وإن زعمت ذلك لا تقوم على الربيع النبوي نهايتها إلى البوار والدمار والنار: «فَأَتَى اللّهُ بُنْيَانَهُم مِّنَ الْقَوَاعِدِ فَخَرَّ عَلَيْهِمُ السَّقْفُ مِن فَوْقِهِمْ»،نريد من إعلامنا ودعاتنا وكتّابنا وساستنا أن يعيدونا إلى الربيع النبوي وأن يحذو الربيع العربي حذو ذاك الربيع النبوي عقيدة وفكرا ومنهجا وعملا وأخلاقا وآدابا، إن الربيع النبوي أعظم حدث وقع في التاريخ وهو الذي غيّر المسار الأممي لشعوب وأثّر في دورة التاريخ وقامت من أجله غزوات ومعارك وأنتج هذا الربيع أمما من العلماء والشهداء والحكماء والأدباء والفلاسفة والشعراء والأطباء وغيرهم من رموز حركة النهضة والتعمير والتنوير في تاريخ الإسلام العظيم، وأي مصلح أو مجدد أو إمام إنما اكتسب القبول والمكانة لانتسابه للربيع النبوي كالخلفاء الراشدين والقادة المصلحين وزعماء الإصلاح والتجديد كأبي حنيفة ومالك والشافعي وأحمد بن حنبل وابن تيمية والغزالي وابن عبد الوهاب وغيرهم وسواهمإنما رحّبت بهم الأمة لأنهم استفادوا من مدرسة ذاك الربيع المبارك، وإنما عظم قدر خالد بن الوليد وموسى بن نصير وقتيبة بن مسلم والقعقاع بن عمرو وصلاح الدين الأيوبي ومحمد الفاتح ومن سار مسيرهم وإنما حيّتهم الأمة بسبب انتمائهم الصادق لتعاليم الربيع النبوي، وكل من عادته الأمة الإسلامية شرقا وغربا من الأفراد والمجتمعات ليس إلا لأنهم خالفوا منهج الربيع النبوي كالقرامطة الباطنية والزنادقة الآثمين والملاحدة المشؤومين والفرق الضالة التي عقّت مسيرة الربيع النبوي وتنكّرت لنصوص هذا الربيع وشوّهت الدلالة الصحيحة لآيات وأحاديث هذا الربيع المشرق الوضّاءوكل من خالف أو عارض هذا الربيع النبوي باء بالإثم والخسران ولفظته الأمة وألغاه التاريخ ونبذته الأرض وتنكّرت له السماء وكُتب في سجل المبعدين المطرودين: «أَلاَ بُعْدا لِّمَدْيَنَ كَمَا بَعِدَتْ ثَمُودُ»،والربيع العربي الآن استفاد جمهوره وغالبيته من الربيع النبوي فحيّته غالب الشعوب ولهذا صوّت الشعب العربي للإسلام واختار الإسلام نظام حياة ودستور دولة بعد أن جرّب القوانين الوضعية الأرضية، ولا سواء دستور من رب العالمين، ودستورٌ من الطين، وشريعة من أحكم الحاكمين، وشريعة أملاها عبد أصله ماء مهين: «كتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلاَ يَكُن فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ لِتُنذِرَ بِهِ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ». |
||
Raudhah A-Tholibeen
Kelas Tahfiz dan Fardhu Ain dan Perkhidmatan Transit (12.30 tengahari – 5.30 petang)
Hari Terakhir Kursus 10 Hari Ajaib Memperkenalkan Asas Bahasa Arab Tingkatan 1
Sekali lagi ISC bersyukur Alhamdulillah kerana kursus terakhir bagi siri-siri 10 Hari Ajaib berakhir hari ini.
Peserta-peserta bakal pelajar tingkatan 1 tahun 2011 dilatih dengan komunikasi asas, pengenalan kosa kata persekitaran dan latihan membaca dan kefahaman.
Kursus ini mengurangkan tekanan perasaan bimbang untuk belajar bahasa Arab semasa tingkatan 1 dan mereka mampu mempelajarinya dengan ceria.
Disertakan beberapa gambar sekitar kursus.
Kursus 10 Hari Ajaib Menguasai Asas Bahasa Arab SPM
Alhamdulillah, kursus selama 10 hari bermula 12 hingga 21 Disembe rberjalan dengan jayanya dengan disertai oleh 15 orang peserta daripada beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu.Antaranya SMKA Sheikh Abdul Malek, SMASZA Batu Buruk, SMA Khairiyyah, Institut al-Quran (IQ), SMK Bukit Sawa (2 pelajar baru tamat peperiksaan PMR) dan juga SMA Mahmudiyyah Kuala Berang .
Pelajar dilatih untuk berbual dalam bahasa arab, diterapkan semula dengan kefahaman asas bahasa Arab daripada peringkat paling asas, diajar topik-topik berkaitan SPM, diterangkan tentang balaghah dan pengenalan kepada Kertas Peperiksaan SPM sebenar dengan beberapa teknik menjawab.
Perubahan ketara dapat dilihat daripada aspek keyakinan pelajar berkomunikasi dan menjawab soalan-soalan perbincangan. ISC berharap mereka akan terus maju jaya untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012, namun madu yang manis memang ada lebah yang menghalang orang ramai mendekatinya, hanya yang sanggup bersabar menahan ujian akan mencapai KEJAYAAN yang didambakan.
Ini antara bait syair yang dipelajari ialah bait syair Safeyudin al-Hilli.
لاََ بُدَّ لِلشَّهْدِ مِنْ نَحْلٍ يُمَنِّعُهُ
لاَ يَجْتَنِي النَّفْعَ مَنْ لَمْ يَحْمِلِ الضَّرَرَ
لاَ يَبْلُغُ السُّؤْلَ إِلاَّ بَعْدَ مُؤْلِمَةٍ
وَلاَتَتِمُّ المُنى إِلاَّ لِمَنْ صَبَرَ
Disertakan beberapa gambar kenangan.
- Ucapan Wakil Pelajar Perempuan Ustazah Farhana
- Ucapan wakil pelajar lelaki Ustaz Tengku Amirul
Kursus 10 Hari Ajaib Menguasai Asas Bahasa Arab PMR





















































































































